Wednesday 4 October 2017

KESAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seperti yang kita semua tahu, pada era kini kemajuan teknologi di Malaysia terlalu cepat berkembang dan diterima oleh masyarat. Terdapat beberapa kesan positif dan negatif daripada perkembangan ini. Contohnya :

KESAN POSITIF

(a)    Maklumat mudah diperolehi
-          Pelbagai maklumat boleh diperolehi melalui talian internet.                                                                            
       Contoh : Google, Mozilla dan lain-lain

(b)    Meningkatkan hasil perniagaan
-          Jualan atas talian semakin meningkat dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan.     Masyarakat yang bijak akan menggunakan medium ini untuk menjana   pendapatan.                                                                      
       Contoh peniagaan online yang terkenal seperti Zalora, Fashion Valet, Shoppee dan lain-   lain.

(c)     Memudahkan berkomunikasi
-          Pada zaman sekarang, boleh dikatakan ramai masyarakat mempunyai media sosial. hal   ini  adalah bagi memudahkan mereka berhubung antara satu sama lain tanpa mengira   waktu dan jarak.Mereka boleh bertanya khabar orang yang jauh tanpa perlu   bersua.                                                                                        
       Contoh : Facebook, skype, twitter dan lain-lain.

(d)    Memudahkan urusan harian.
-          Zaman sekarang pembayaran bil utility, membeli barangan keperluan dan lain-lain hanya   menggunakan internet dan  boleh dibayar menggunakan online banking. jadi kita tidak   perlu bersusah payah untuk keluar beratur dan perkara ini lebih menjimatkan masa.

KESAN NEGATIF

(a)    Banyak membuang masa
-          Jika kita lihat sekarang masayarakat terlampau obses dengan kemajuan teknologi   sehingga leka dengan tugas harian dan tanggunjawab. kita mengambil masa yang agak   lama atas sebab keseronokan melayari Facebook, intagram, Twitter, Game Online dan   lain-lain.

(b)    Pemalas
-          Dengan adanya talian internet, kita boleh mencari apa sahaja maklumat yang diperlukan   tanpa perlu berfikir. hal ini menyebabkan masyarakat kita menjadi malas kerana semua   maklumat yang diperlukan boleh didapati di dalam internet.

(c)     Jenayah Cyber

-          Jenayah cyber di malaysia kini semakin meningkat oleh kerana perkembangan   teknologi terkini,peningkatan penipuan melalui jualan internet, mencuri maklumat untuk   memalsukan dokumen- dokumen penting. hal ini boleh menyebabkan sesebuah negara   itu rugi.



Share:

0 comments:

Post a Comment